" di belakang itu ada lautan, di depan kita musuh. kita harus memilih kemenangan ataupun syahid. kita tidak akan pulang sebelum mencapai tujuan itu!"
itu antara ucapan Tariq bin Ziyad kepada para prajuritnya ketika menakluk andalusia (Sepanyol)
anak kecil yg dijual sebagai hamba kepada Musa bin Nusair ini membesar menjadi seorang panglima perang yang hebat, beliau di ajar bermain senjata dan menunggang kuda sejak kecil.kepimpinan dan ketangkasan yang ada padanya membuatkan Musa bin Nusair melantik nya menjadi Ketua panglima bagi mengetuai sebuah angkatan perang 12 ribu orang islam bagi menwan Andalusia
Tariq bin Ziyad adalah lambang kegemilangan islam. Oleh sebab keberanian nya,sebahagian benua eropah disinari cahaya islam . Namanya turut diabadikan menjadi nama sebuah bukit di Tenggara Sepanyol,iaitu Gibraltar atau Jabal Tariq.
0 comments:
Post a Comment